Monday, October 31, 2016

DULU SHAFIE APDAL TAK PERNAH HORMAT HAK RAKYAT SABAH...!!! SEKARANG BARU NAK TERJERIT JERIT KONONNNYA SEBAGAI PEJUANG RAKYAT SABAH...????

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal telah mengambil alih sebuah parti politik yang berpengkalan di Sabah. Shafie dikatakan mengambil alih Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS) untuk meneruskan kelangsungan karier politiknya apabila beliau mengumumkan keluar parti UMNO selepas keahliannya di gantung Jawatankuasa Disiplin sejak 24 Jun lalu. Kini Parti Pembangunan Warisan Sabah yang beroperasi secara aktif sejak ia ditubuhkan pada tahun 2013 lalu diberi nama Parti Warisan Sabah (Warisan).


Ermm... bila aku "skodeng" kat facebook Shafie Apdal nie, ternyata beliau sekarang sedang memainkan sentimen kenegerian dan menanamkan rasa benci kepada apa saja yang datang dari semenanjung. Katanya Sabah adalah untuk orang Sabah...!!!! Kalau aku orang Melaka...bolehlah aku cakap "Melaka adalah untuk orang Melaka"....yang orang Johor akan cakap "Johor adalah untuk orang Johor"...

aloo brader...!!!! Skop pemikiran yang sempit beginilah yang akan membuatkan negara hancur lebur  baaa...!!! Politik kebencian dan kenegerian sebegini adalah sesuatu yang amat tidak baik kepada keharmonian dan kesejahteraan Negara Malaysia yang tercinta ini. Kita semua kan rakyat Malaysia yang bernaung dibawah satu "bumbung"...!!!!   Kalau ko nak raih sokongan pun jangan lar buat kerja tak bermaruah macamni ...!!!!

Nampaknya Shafie Apdal sedang target untuk jadi Ketua Menteri Sabah. Beliau mendakwa akan menjaga Negeri Sabah sehabis baik dan akan memastikan Negeri Sabah akan mendapat kemudahan prasarana dan pembangunan yang secukupnya. Dakwanya.... Sabah telah jauh tertinggal dalam aspek pembangunan...!!!!

Ermm...aku kira ini satu statement yang pelik bin ajaib jugak. Al maklumlar....dulu...Shafie kan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang telah diamanahkan dengan dana berbilion bilion Ringgit untuk membangunkan prasarana seluruh negara atau dengan lain perkataan semua negeri termasuk Sabah. Beliau boleh menggunakan budi bicaranya pada ketika itu mengikut peraturan yang tersedia termasuk menangani permasalahan pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar di Sabah. So...apa yang mamat nie buat selama ini untuk membantu Sabah bila dia ada kuasa sebagai menteri penuh yang menjaga orang kampung..??? Agak malang..... sebagai menteri ketika itu, shafie bukan saja gagal malah beliau tidak pernah hormat hak hak rakyat dan Negeri Sabah. Sekarang nie baru nak terjerit jerit kononnya sebagai pejuang Rakyat Sabah...??? Masa jadi Menteri dulu, ada berbincang ker dengan pemimpin2 atau Ketua Menteri Sabah mengenai apa projek yang perlu untuk Rakyat Sabah...???
Nop...!!!! yee lekkk...!!!! cuma berbincang dengan kontraktor2 yang diberi direct award secara remote dari kediaman Shapie di Kuala Lumpur kot...!!! Ada masyukkk kerr???? kalau tak...takkan lar dah jadi kaya raya macam sekarang nie..!!! .... hehehe

Hai...!!! manusia...manusia....!!! Bila ada kuasa....lupa diri...!!! sampai kawasan sendiri pun (Semporna) tunggang langgang tidak terbela...!!! dah takder kuasa....baru nak cakap berjuang untuk Rakyat Sabah...!!! Biasalah ...!!!! orang kalau belum dapat...macam2 dia akan janji...!!! bila dah dapat jawatan nanti....belum tentu dia akan tunaikan janji2 tu...!!!!


TEKOO : So... Rakyat Sabah kena bijak...!!! sekarang nie Sabah diterajui oleh orang Sabah juga...yang mempunyai hubungan yang amat baik dengan Kerajaan Persekutuan. Sudah pastilah segala kerja akan menjadi mudah...!!!!betul takkk...??? Kalau Sabah diterajui oleh orang Sabah yang asyik nak bergaduh jer dengan Kerajaan Persekutuan....sudah tentulah segala kerja akan menjadi bertambah susah...!!!!
aaaada betulll...????