Saturday, October 17, 2015

KERIS 2314 : SUDAH BERSEDIAKAH SENJATA BARU UMNO INI MELAWAN PEMBANGKANG...????

UMNO sekarang sedang mengorak langkah kehadapan untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) dengan memantapkan kepimpinan akar umbinya melalui program KERIS 2314 yang menjurus kepada 4 isu utama. Isu tersebut adalah Agama Islam, Yang Di Pertuan Agong dan institusi Raja2, Bahasa Melayu dan akhir sekali Hak Hak Keistimewaan Orang2 Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa makna "KERIS" dan apa pulak makna "2314" nie..?? Ermmm....bagi mereka yang melihat dari sudut 'sisi gelapnya' 2314 adalah nombor yang patut mereka 'chai' di kedai2 TOTO dan bagi mereka yang melihat dari sudut hati dan semangat perjuangannya angka 23 dalam KERIS 2314 itu membawa maksud sasaran Barisan Nasional (BN) untuk menebus kembali jumlah kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat selepas gagal dalam dua PRU sebelum ini, sementara angka 14 pula merujuk kepada PRU-14.
Nak tahu "KERIS" pulak membawa maksud apa ???....korang baca sendiri kat bawah nie yer...


Setelah hampir setahun yang lepas KERIS 2314 dilancarkan barulah sekarang aku nengok beberapa UMNO Bahagian  diberi peluang untuk menyertai kursus tersebut.

Di antara kepimpinan akar umbi UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka yang menyertai Kursus KERIS 2314 di Permata Resort Alor Gajah pada 16 - 18 Oktober 2015.

Ermm... nampaknya kursus ini telah memberi satu impak yang amat baik kepada UMNO khasnya di peringkat Bahagian. Beberapa perkara yang aku nampak adalah :-

  1. KERIS 2314 telah mengeratkan lagi hubungan diantara ahli UMNO yang dulunya masih berpuak puak akibat daripada pemilihan yang lepas.  Sekarang mereka telah sedar bahawa perasaan bermusuhan diantara "adik beradik sendiri " sebenarnya tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa. Keutuhan dan penyatuan UMNO itu sendiri menjadi wadah perjuangan mereka sekarang. Sayap sayap yang dulunya menongkah arus telah dapat diterima semula oleh kepimpinan UMNO Bahagian.
  2. Sayap sayap Pemuda dan Puteri begitu aggresif mengadakan aktiviti untuk meraih sokongan pengundi dengan dibantu sepenuhnya oleh UMNO2 Bahagian. Kalau dulu pandai2 koranglar nak cari bajet buat program tetapi sekarang tidak lagi. UMNO2 Bahagian sentiasa menyokong setiap program2 sayap2 UMNO. Isu boikot memboikot dibeberapa UMNO Bahagian dinegara ini telah menjadi sejarah kerana mereka telah sedar ianya hanya akan membawa keburukan kepada parti keramat ini.
  3. Mereka sedar pembangkang tidak akan dapat meruntuhkan UMNO kerana pembangkang sebenarnya tidak sekuat mana pun....Mereka telah sedar bahawa UMNO tidak akan tergugat dengan anasir2 dari luar....UMNO hanya boleh tergugat dengan anasir2 dari dalam UMNO itu sendiri.
SYUKUR ALHAMDULILLAH....NAMPAKNYA KERIS 2314 TELAHPUN BERSEDIA MELAWAN MUSUH SEBENAR...

Semoga gerakerja parti UMNO untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga ini pada Pilihan Raya Ke 14 (PRU 14) akan menjadi kenyataan...amin.


TEKOO: antara realiti dan fantasi...andalah yang menentukannya....wallahualam.

No comments:

Post a Comment