Monday, July 27, 2015

MOHON SPRM SIASAT ISU KOREK PASIR DI DUN GADEK, NEGERI MELAKA.

Sekitar bulan Jun 2015 yang lalu Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Gadek Parlimen Alor Gajah Negeri Melaka telah membuat LAPORAN POLIS dan menyatakan bantahan penduduk setempat mengenai Projek KOREK PASIR oleh syarikat milik Kerajaan Negeri Melaka. Isu pencerobohan Tanah Persendirian milik penduduk kampong, kemusnahan terdahulu yang menjangkau jutaan ringgit seperti tidak diambil ikhtibar dan tidak diendahkan oleh golongan yang sedang rakus menjarah dan "mencipta" kemusnahan alam sekitar di beberapa kampong di DUN Gadek ini, yang merangkumi Kg Pulau Sebang Selatan, Kuala Ina, Tg Rimau Luar dan kampong sekitarnya.
 

 
Erm...aku rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan isu ini. Penduduk kampong MENDAKWA ini adalah projek ALI BABA (dimana Ali Melayu kerjanya duduk tido kaut untung sikit sementara Baba Cina kerjanya korek pasir kaut untung banyak ) walaupun syarikat yang mendapat lesen adalah syarikat Kerajaan Negeri Melaka. Penduduk kampong juga MENDAKWA bahawa syarikat terbabit telah mula MENYEDUT pasir lar pulak....dah tak KOREK lagi....!!! pergh ...!!!! kalau kena sedut, gerenti kering kontang kawasan tu bro...!!! korang pun tahu beza antara sedut dengan korek kan...???
 
Laporan Polis oleh Pengerusi2 JKKK dalam DUN Gadek di Pejabat IPD Daerah Alor Gajah Melaka.
 
So...memandangkan segala bantahan JKKK DUN Gadek seperti dibuang "ke laut" kerana didakwa ada tangan tangan ghaib yang melindungi kerakusan syarikat ini...aku harap sangat pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Msia (SPRM) yang dikagumi kewibawaannya dan dikagumi ketelusannya agar dapat menjalankan siasatan keatas isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampong di DUN Gadek ini.

Sejauh mana DAKWAAN penduduk2 kampong ini...tidaklah dapat aku pastikan kesahihannya...wallhualam...
 

 
TEKOO : Terfikir jugak...mengapa DAPig diam membisu mengenai isu ini...???....ia melibatkan ramai pengundi dan sudah pasti mereka boleh meraih sokongan...!!!. Yang dapat aku andaikan...mungkin mereka nak simpan isu ini untuk Pilihanraya Ke14 yang hanya tinggal 1 tahun lebih saja lagi akan bermula kempennya.....kalau isu inilah yang dijadikan "PELURU" oleh DAPig,.... kompem ada yang tergolek nanti....adoyyy....!!!! sooo.....adalah lebih baik kita selesaikan isu ini secara BERHEMAH sebelum ianya menjadi lebih parah....!!! FIKIR FIKIRKANLAH....!!!!

Tuesday, July 21, 2015

MAT SABU : GERAKAN HARAPAN BARU BAKAL MERUBAH LANDSKAP POLITIK MALAYSIA..???

Taklimat sulong Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh Mat Sabu telah diadakan pada 19 Julai 2015 Ahad yang lepas jam 9.00 malam di Dewan Perniagaan Cina Jalan Kebun Sultan Kota Bharu Kelantan. Diantara yang hadir adalah YB Dato Dr Hatta Ramli, YB Datuk Khalid Samad, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan Dato Wan Rahim Abdullah. Taklimat ini mendapat sambutan lebih 2,000 orang (99% Melayu & 1% Cina) kerana mereka yang hadir begitu ghairah untuk mengetahui halatuju GHB itu sendiri. Sebahagian besar yang hadir pula adalah hanya dikalangan rakyat Kelantan yang menetap diluar sahaja.
 
 
Jadinya..macam biasa lar bro...kalau tak menghentam orang lain , bukanlar Mat Sabun & The Geng  namanya...
 
diantaranya :-
 
Zaid Ibrahim menyelar pimpinan Hj Hadi kerana menggelarkan kumpulan GHB sebagai parasit. Beliau seterusnya berkata DS Najib dan TS Muhyiddin tak layak pimpin Malaysia....cuma Mat Sabu sorang jer layak kerana beliau berani melawan perkara yang tidak betul.
 
Si ADUN PAS Morib, YB Hasnul mengatakan PAS dah rosak kerana gantung keahlian beliau oleh sebab menyokong Wan Jijah jadi MB Selangor dan mendakwa pimpinan PAS sejak dari dulu lagi memang tak ikhlas bersama Pakatan Haprak.
 
ADUN Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berkata mereka merancang menubuhkan parti baru GHB demi memartabatkan semua kaum dan untuk merubah landskap politik Malaysia...... sementara sekor lagik,  Sdr Bahanurdin Hassan (SU Pemuda GHB) berkata GHB akan bertindak membela keperluan anak muda.
 
Khalid Samad pulak cakap dia kecewa dengan PAS yang didakwa ke arah yang lebih negatif kerana berkonfrantasi dengan DAPig.
 
Adoy...!!! geli taliperut aku dengar orang2 yang kalah dalam pemilihan PAS nie dok meroyan macam beruk mat yeh...cuba korang nengok betul2 wajah kat bawah nie...
tenung betul2...
fokus betul2...
 
nie orang yang korang kata akan membawa harapn baru rakyat Malaysia...???? korang gila ker apa..??? sekali tengok jer aku boleh konpem ini orang kaki penipu punya...!!! khak puiiiii...!!!!
 
Gerakan Harapan Baru...??? ermmm.....boleh lar kita andaikan nie adalah HARAPAN BARU bagi DAPig untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam agar DAPig dapat memerintah Malaysia.
 
 
Hai Melayu Melayu Melayu...!!!! Nampaknya Melayu telah berjaya dipecahkan lagi menjadi 4 .....dah jadi golongan MINORITI walaupun MAJORITI...!!! hai...bila lah kita nak sedar....???? sampai bila Nasik dah jadi bubur ker...???
 
TEKOO: Gerakan Harapan Baru  bakal memporakperandakan lagi BANGSA MELAYU di bumi Malaysia...