ALOR GAJAH MELAKA 27 JUN 2015 :
"Datuk tak penat ker..? sudah jam 12 mlm ni...dari pagi sampai ke malam ada saja aktiviti Datuk"
"{sambil ketawa} yer....ada penat sikit lar...tapi its okey dapat jumpa belia malam ini"
Begitu lar kata kata yang keluar dari mulut Ahli Parlimen Alor Gajah, YB Datuk Koh Nai Kwong ketika ditanya oleh salah seorang pengunjung dalam program Sembang Santai Pemimpin Orang Muda Bersama Ahli Parlimen anjuran Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah Melaka.
Ermm...betul lar tu...dalam pada "member2 Datuk" dalam parlimen Alor Gajah telahpun tidur lena dibuai mimpi, YB Datuk masih lagi bekerja mendekati rakyat...!!! Pergh...!!! terror betul..!!!
Program Sembang Santai Pemimpin Orang Muda Bersama Ahli Parlimen ini telah menghimpunkan belia belia dalam Daerah Alor Gajah untuk sessi dialog bersama Ahli Parlimen bertempat di Kios AG Station, Pekan Alor Gajah, Melaka. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas dari golongan belia mengenai keperluan dan kehendak golongan ini agar golongan Belia akan lebih terurus dan menjadi generasi pelapis yang lebih berkualiti selain daripada mengeratkan lagi hubungan generasi ini dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Beberapa keputusan bersama telahpun dicapai ....diantaranya ialah :-
- mewujudkan pejabat pentadbiran Belia yang akan dibiayai oleh kedua dua Ahli Parlimen dalam Daerah Alor Gajah iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Ahli Parlimen Alor Gajah.
- Aktiviti aktiviti Belia juga akan disusun dengan lebih baik lagi agar dapat memberi impak yang maksima terhadap golongan ini.
- Belia Alor Gajah dapat baju korporat free. :)
Ermmm...syabas dan tahniah aku ucapkan kepada YB Ahli Parlimen Alor Gajah dan YB Ahli Parlimen Masjid Tanah kerana telah mengambil inisiatif untuk mendekati golongan Belia. Almaklum lar, kita pun tahu bahawa golongan seperti inilah yang sepatutnya kita dekati secara tersirat, agar mereka lebih tertarik kepada Barisan Nasional. Kebanyakan daripada golongan ini SECARA UMUMNYA adalah golongon yang mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan dengan cara mendekati mereka sebegini sudah pastilah mereka akan lebih "jatuh cinta" kepada Barisan Nasional. Kalau setakat buat banyak program dan berbangga dengan jumlah kehadiran yang ramai...tetapi hakikatnya yang ramai tu adalah orang yang sama dan memang menyokong Barisan Nasional dan balik balik muka tu jer yang hadir....tak payah lah nak sembang lebih......so...contohilar cara kedua dua Ahli Parlimen ini bekerja okey..!!!
adios.....!!!
TEKOO : Syabas dan tahniah juga kepada kepimpinan baru Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah diatas penganjuran program ini. Teruslah melangkah kehadapan memperjuangkan golongan Belia okey..!!!